Sunday 6 December 2015

Atarazanaz Food Market, Malaga & Al-Hambra, Granada

25 November 2015, Rabu.
Perasaan ada sedikit sentap selepas trip ke Saville.
Plan asal nak jelajah Ronda, kitorang lupakan.
Tapi dari duduk je kat hotel, makan tido, baik la jalan2 kan?
Jadinya Ammal ajak semua pie Atarazanaz Food Market di bandar Malaga.
Sampai di bandar, malas nak pening2 cari parking, terus masuk parking kat El Corte Ingles (salah dengar jadi lucah..huhuhu)
Jalan dalam 500 meter, sampai la kami di pasar.
Masuk2, 'kerbau pendek' bergayutan.
Alamak!! Sebaik la pasarnya tak basah macam kat Malaysia.
Kering kontang. Bau pun tak sebusuk pasar Chow Kit!
Jalan pelan2, keluar ikut pintu belakang & cari pintu ke bahagian seafood, buah-buahan & sayur-sayuran. 
Dannn... terus tergoda tengok seafood dia!!
Sebaik waras lagi! Kalau tidakkk... mau memborong kot!
Selain seafoods, buah-buahan & sayur-sayuran, kacang dan olive oil pun banyak jual kat sini. 

Udang dia sangattt menggoda

Pelbagai jenis kacang

Cendawan yang segar bugar! 

Dari pembacaan katanya ada gerai yg jual tapas & jus kat dalam pasar ni.
Tapas ni macam makanan ringan la... yg orang Spanish ni makan sambil minum kat bar. Pusing punya pusing, jumpa!
Seafood sesaja tapasnya.
Jadi kitorang try test grilled prawn.
Prawn dalam Spanish ialah gambas.
Tapi takut salah cakap, Ammal main tunjuk2 je & buat jari tunjuk 1 (satu)
Dia tanya "Uno?" (Uno = Satu)
"Yes, uno!" Sambil tunggu dia masak, Ammal dok click2 camera.
Sesambil ambik gambar tokei kedai yg encem!
YA! Orang2 Spain ni, lelaki & perempuannya, Masya-Allah!
Handsome & lawa!
Features muka diorang boleh buat mata tak berkedip.
Tak kira tua muda sama je ensem dan segaknya.
Babies & budak2 kecik pulak, macam anak patung!
Dan badan diorang kebanyakannya slim melim.
Tak macam mat & minah saleh di US
Kalo di US, Ammal yang kategori chubby di Malaysia, jadi antara yang paling kurus di sana...hehehe.

Dah.. dah.. back to cerita pasal tapas.
Udang tadi, lepas dia grilled, dia letak olive oil yang dicampur dengan diced tomato, parsley & capsicum.
Ada 4 ekor satu cucuk & sekeping roti utk dicicah dengan lebihan olive oil tadi. Jadinya, kitorang dapat seekor seorang.
Masuk je muluttt... wahhhh... Manisnya udang dia!!! Licin la olive oil dalam piring tu kitorang sental dengan roti!
Disebabkan terlampau sedap, kitorang order lagi 2 cucuk udang & sepiring ikan cod goreng tepung.
Owhh ye... harga sepiring cuma €3.5.
Murah dari di El Palo!
Secucuk udang tu, anak Ammal kata dia nak bayar sendiri.
Dia kata dia nak makan sorang!
Sanggup guna duit travel allowance dia.
Ammal memang bagi allowance kat anak2 tiap kali travel.
Tak banyak punnn... cuma RM100 seorang sebab diorang sanggup layan perangai ibu diorang ni yg giler shopping tapi kedekut bila di Malaysia...hagahaga
Lagipun memang Ammal bukan jenis mewahkan anak2 dengan toys, gadget, kain baju semua tu.
Bila travel sesekali, baru la diorang dapat apa diorang nak.
Tu pun bukan semua!
Kalau nak bermewah2, memang tak dapek la nak ke ober the sea ni dik oi! Ahkak bukan orang ada2... cuma jimat berbelanja...

Tapas!

Kami terjebak dengan grilled prawn. Test dulu! 

Dannn lagi!

Selain makan tapas, kitorang beli buah-buahan, kacang, olive oil & button mushroom.
Mushroom tu Ammal mintak 200gm.
Dapat satu plastic you! Seronok betul Ammal!
Selepas convert cuma RM9.14.
Mana nak dapat gitu kat Malaysia kan?!

200gm button mushroom

Puas makan, operasi shopping diteruskan di El Corte Ingles. 
Katanya El Corte Ingles ni the biggest department store group in Europe... katanya laaa Tapi puas Ammal pusing. Tak jumpa pun yang Ammal berkenan.
Kot berkenan sekalipun, harga selepas convert Ammal rasa membazir.
Baik Ammal shopping kat Malaysia je.
Cukup 4 jam, kitorang gerak balik.
Tengok harga parking macam nak fengsan! €10 lebih!
Beria sebelum datang Ammal print tempat parking skali ngan rate sekitar bandar ni.
Tapi sebab tak sanggup menempuh jalan raya deme yg haru biru tu, pasrah la membayar dengan rate gitu...huhuhu
Ammal balik dengan perasaan sebal di hati.
Tinggal 2 hari je lagi. Dan Ammal tak de beli satu hape pun.
Jadinya, pujuk je la hati sendiri.
Cakap ngan husband, last choice Ammal shopping masa transit kat Paris nanti.
Anak Ammal pulak.. "Eh, ibu tak beli apa pun lagi"
Huwaa.. ko saja je kan anak oi. Menambah luka!
Malam tu, Ammal dinner Brahims & mushroom yg super duper montel!
Nyum.. nyum...

26 November, Khamis
Kitorang teruskan dengan perancangan awal untuk ke Granada.
Apa yang menarik di Granada? Al-Hambra laaa!
Perjalanan ambik masa dalam sejam setengah je. Masih ikut Autopista yang sama.
Dan harga tol yang sama. Dan view masih membuhsankan.
Jadinya... aktiviti biasa la. TIDO! Tengok je la gambar ye... hehehe

 
Nak sampai dah!

Harga parking

Rate utk masuk ke Al-Hambra

Pergi tempat bersejarah ni memang bukan style vacation kitorang.
Jadinya Ammal tak nak la membazir sampai €14 untuk melawat Al-Hambra ni.
Asalnya memang tak nak masuk langsung.
Buat apa bayar mahal2, tapi tak reti appreciate! huhuhu
Setelah berkira-kira, akhirnya tiket Al-Hambra Gardens jadi pilihan.
Harga €7 sahaja.
Dari luar memang dah boleh agak keluasan Al-Hambra ni.
Boleh melepek dibuatnya kalau nak cover semua.
Dari bacaan pun, diorang dah siap bagi suggestion part mana nak cover dulu kalau plan nak ambik tiket General Admission.
Nah... boleh baca kat 2 link ni
http://www.alhambra-patronato.es
http://www.alhambra.org

Gambar boleh tahan banyak kat sini.
Sampai tak tau nak share yang mana.
Walaupun tak cover semua tempat, tetap penat.
On the way nak keluar, 2-3 kali gak berhenti rehat...
Bagi yang appreciate sejarah, Al-Hambra ni sangat sesuai untuk korang jelajah.

Ooo ye... Ada satu tempat tu... tempat Hammam kalau ikut description.
Anak2 & husband tak masuk.
Ammal masuk ikut satu pasangan mat saleh... masa masuk tu, meremang-remang bulu roma.
Seram dan suram semacam je. Dalam hati dok cakap, kalau jauh lagi ke dalam, Ammal akan patah balik dan lari keluar!
Ammal ikut pasangan mat saleh tu dekat2. Sebaik la kecik je tempatnya...
Biasa la kan. Tempat2 sejarah ni mesti banyak 'cerita'2 nya kan...
Mungkin la itu antara salah satu punca Ammal tak suka pergi tempat2 sejarah kot.
Ammal penakut...
Nah.. tengok je la gambar2 yg Ammal tepek ni...

View lawa, gambor tak lawa. Caner tu?


View dari Jardine Bajos de Generalife

Ni map keseluruhan kawasan









Hammam (steam bath) katanya.. sila la besarkan gambar ye!

Ammal rasa ni tempat ambil wuduk

Berapa jam kitorang ambik masa nak cover sebahagian tempat tu, serius Ammal dah lupa.
Tak tengok jam pun.
Sebelum balik ke Malaga, Ammal plan nak singgah Alcaiceria.
Moroccan street diorang panggil.
Tapi... kena masuk bandar.
Jalan nak turun ke bandar kecik ya amat.
Siap ada traffic light untuk bagitau turn kereta turun atau naik.
Dah la dalam Spanish. Main agak2 je la.
Part ni je la yg senang travel ke Spain ni.
Perkataan2 Spanish ni, ada yg lebih kurang bunyi English.
Jadi tak la menggagau sangat... tapi tetap la handphone sentiasa di sebelah untuk cari translation bila keadaan kritikal.
Masa turun jalan kecik ni la, tayar kereta kitorang tersagat dengan divider.
PUCAT muka wei!! Sebaik tak meletup tayar!
Time tu la terus teringat kata2 si Miguel staff Hertz dengan English slang Spanish dia tu.
"I'm from Spain. I know what its like driving in Spain. Therefore I would recommend you to take full insurance!"
Yaa... sebaik la kan, kitorang beli insurance tu.

Bila masuk bandar, cerita stress pun bermula.
Nak cari parking cam kat Malaga jugak susahnya.
Konon nak buat U-turn, entah ke mana-mana perginya.
Ada pulak jalan bersignboard yang tulis bagitau tak leh masuk.
Authorised vehicle saja... tapi tak paham in details.
Bila dah ke depan, jumpa roundabout utk buat u-turn, dah jalan ke depan sket, baru perasan...
Jalan tu untuk teksi sahaja.
Arrgghhh... mental.
Ammal cakap ngan husband, jangan nanti banyak saman charge kat credit card sudah.
Gedebak gedebuk, dengan traffic light hampir setiap 100 meter, sebelum driver bertukar jadi naga, Ammal terus ajak balik.
Maka berakhirlah trip Granada...huhuhu

Dalam perjalanan balik ke Malaga, nak cari kedai makan halal, kedai pulak tutup.
Pastu tersalah masuk jalan la pulak.
Dah termasuk balik ke Autopista, pusing jauh lak lagi.
Pengabisnya, hari pun gelap.
Dan kitorang disambut dengan jammed sepanjang-panjang Autopista...

Jammed di Autopista

Ok. Ammal dah penat menaip.
Tinggal satu entry pendek untuk last day di Malaga.
Till then...


Annyeong

No comments: